BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

KEBOSANAN MELANDA AWIN


Hai semua… Dah lama awin tak updated blog kan? Emmm awin pun tak ada idea nk create new post every week. Otak dah blur… Sehari demi sehari, masa kian berlalu… Sekarang kalau nak dikira awin sangat bosan duduk kat rumah. On9 24 jam pun rasa boring aja. Nak updated blog awin tak ada idea. Tahun 2010 ni tahun paling blur bagi awin. Tahun 2009 tahun yang sangat menderitakan. Awin cuma perlu tunggu dan tengok aja apa yang akan berlaku nanti.. Mama awin pun dah nak masuk 3 bulan pregnant. Awin hanya perlu tunggu aja bulan 8 nanti wajah makhluk tuhan itu. Hurmmm….
 mungkin rupanya comel mcm ni.......

atau pun sihat dan montel mcm ni........
 

 atau pun mcm ni..,, huhuhuhu
Nak tak nak dah hampir 8 bulan awin berkapel.. Hehehe.. Kalau mengandung dah boleh bersalin dah kot ye… Tapi masalah pun masalah juga. Awin memang tak dapat lari dari masalah. Apa pun rintangan yang melanda kami, awin doakan semoga ianya tak mengganggu hubungan kami. Hanya MOHD FAIZULLAH di hati awin. Bulan 7 nanti awin akan pindah ke bangi. Semoga bulan Julai menjadi titik manis buat kami dan kita kepada kawan2 awin yang dah tak sabar2 nak jumpa awin. Awin pun dah tak sabar nak jumpa kamu semua. Nanti boleh la kita buat gath setiap minggu… hahahaha….
 kecomelan dia tetap dihati awin

Sahabat awin pun dah hampir sebulan dia kawin… He loves me more than others…. But of coz la he loves his wife more than me… Hehehe… Kadang2 awin geram juga dekat yun ni… Lepas kawin dia tak banyak cakap dah… Awin pun dah takut nk tegur yun. Yela orang dah kawin kan.. Kalau awin banyak mulut nnti takut wife dia marah pula… Nak tunggu yun buka mulut lambat la jawapnya… Huhuhu… Awin dah jadi bosan tau. Keadaan room yang sunyi sepiFacebook pun kawan2 asyik selam main MAFIA. YM pun depa invi…ADUH!!!!!!!!!!! Sakitnya hati…. Sebab sebab mcm ni la yang membuatkan awin rasa tak ada mood nak updated blog. Tapi apa pun awin happy bila kawan baik awin happy. Semoga perkahwinan mereka dikurniakan dengan kebahagiaan sepanjang hayat. Semoga suatu hari nanti awin boleh ikut jejak langkah yun juga… Asyik awin aja kena tinggal bila depa kawin, awin pun nak tinggal kawan2 awin juga bila awin kawin… Biar depa rasa pula apa yang awin rasa nanti.
 selamat pengantin baru yun & ihsan
 

 semoga perkahwinan ini dikurniakan baby comel mcm awin...hehehehe

Saturday, January 9, 2010

alamak!!! sijil hilang!!!!


Erm, bila dah habis belajar rasa macam boring pula duk kat rumah. Kawan2 pula asyik sms tanya dah mintak kerja ka belum?? Huish kalau ya pun sabaq la.. Otak pun belum habis rehat lagi.. Excited betul depa ni nak cari kerja. Tapi bila fikir2 balik betui juga na apa yg depa kata. Nak tunggu sampai bila? Hurm….

Tapi, awin bukan la duk goyang kaki aja kat rumah, memang sangat boring duk rumah bila kita aja terkebil2 sorang2.. If ada adik beradik yang lain tak la boring sangat. Tak ada istimewa sangat kalau adik beradik tak ramai, memang dapat apa yang kita nak tapi kemeriahan tu tak ada. Agak boring la kot.

Bila dah sangat boring kat rumah, nak buat apa lagi kalau bukan online kan? 24 jam duk online pun boring juga.. Orang lain pi kerja kita nak online dengan sapa?
T_T    sangat sedih….

Tiba2 teringat pula sijil2 yang dah kumpul sejak kecik… Hurm.. Teringat pula kawan2 sekolah rendah dulu… Sijil Pengawas, Sijil Sukan, Sijil Perkhemahan, Sijil Pertandingan Kuiz Sains antara sekolah2… Hurm… Rindunya saat2 itu…
Kat sekolah menengah agak banyak… Pi seminar sana sani, pi situ pi sini.. Maklumla student glemer.. hehehe…
Kat poli lagi la banyak… Semua aktiviti yang awin join dapat sijil. Dah la muka awin ni dah di COP oleh lecturer PESERTA WAJIB!!! Asyik muka ni aja kalau pi aktiviti2… Agak bosan, file holder ni pun dah penuh dengan sijil poli.

Jeng… Jeng..Jeng… Last sekali di helaian belakang…… Sekeping sijil TADIKA KEMAS… agak renyuk disitu bersama2 sijil pertandingan mewarna… hahaha… Sangat rindu waktu ni…. Sijil tadika ni la yang dah membuatkan awin tekad untuk menyelerakkan satu rumah gara2 sijil tu hilang…. 2 biji pasu kaca dalam rumah berderai disebabkan awin…. Kata mama “ awin nak buat apa dengan sijil tu… nanti darjah satu cikgu tak mintak pun..” tapi jangan harap la kalau awin nak dengar mama pujuk macam tu…… “ awin  nak sijil tu juga.. mama cakap senang la nanti kalau dah besar nanti awin tak dapat kerja macam mana?” ha… itu la alasannya… time tu awin rasa mcm masa depan awin dah gelap, sijil hilang mcm mana nak cari kerja bila dh besar nanti.. huhuhu.. Awin mengamuk sakan.. Depa tak boleh nak buat apa melainkan mencari… Rupa2nya.. Hangpa tau tak kat mana sijil tu? Dalam file Kak Alin… Nama ADILLA kat belakang tu elok aja tapi yang depan tu dia pi tampal nama dia SYAZLIN. So, Nampak la SYAZLIN ADILLA… Apa lagi mengamuk lagi la awin… OoOoO dia rupanya mencuri… Malam tu bila papa balik, kami buat meeting family… Alasan Kak Alin, dia kata cikgu dia suruh bawa sijil2 yang dah ada kat sekolah, cikgu nak tengok sapa paling banyak sijil.. dia ada 3 sijil aja so nak banyak dia curi sijil awin walaupun terpaksa tampal nama dia… Buahahaha… So sengal la Kak Alin… Menangis juga dia akhirnya…. But papa berjaya pujuk kami malam tu.. Pi makan KFC… Tapi, bukan setakat tu aja, esoknya Kak Alin cuba merasuah awin.. Dia nak beli sijil pertandingan mewarna awin. Sijil tu tak ada nama, kena print sendiri nama kita… “ Kalau awin jual kat Kakak, awin dapat RM10”  time tu pula musim org main layang2. Kat kedai runcit penuh layang2.. Hurm… Awin setuju jual. Kecik2 dh pandai rasuah…

Hurm… Terasa sebak pula bila ingt time kecik2 dulu.. Sekarang semua dah berubah.. Hanya tinggal awin kesunyian… Mama kerja pagi balik lewat malam.. Kakak semua dah kawin.. Dah tak boleh mesra macam dulu lagi… Kalau la masa tu boleh undur.. Juz one thing aja awin nk ubah.............. I DON’T WANT A MAID…..  

Friday, January 8, 2010

Anugerah Ketua Jabatan VS Pingat Pengarah


Hehehe…. Well, agak lama juga tak updated blog.. actually so excited nak updated coz nak menggembar gemburkan tentang result final sem… Bukan nak riak, bukan nak takbur.. But ini adalah kenyataan tentang awin. Sem ni awin dapat GPA 3.97 and my CGPA 3.95.. Target sem ni 4 flat but…. Hurm…
Apa pun awin dh sangat happy juga… Sem 1 dapat 4 flat cukup la.. Merasa juga… Alhamdulillah awin dapat Anugerah Ketua Jabatan lagi… 6 sem berturut-turut awin dapat Anugerah tersebut. So, of coz I’ll get Pingat Pengarah bila Konvokesyen nanti. Syukur.. Impian tercapai.
Bukan nak berbangga, bukan nak riak.. Awin rasa awin patut berbangga dengan result awin. Atas hasil usaha awin sendiri. Walaupun begitu banyak masalah awin time tu. Tapi, semua ni tak berhasil juga tanpa kasih sayang mama, kakak, dan family awin. Thanks.. Muah Muah Muah.. Walaupun hangpa selalu buat awin pressure but itu semua mematangkan awin. Awin BERJAYA!!
Macam mana awin belajar? Ramai yang tanya awin mcm tu.. Actually awin pun pernah tanya kakak2 awin soalan yang sama. Macam mana kamu belajar… Depa kata.. STUDY.. Tapi dari apa yang awin perhatikan, cara belajar tak mempengaruhi apa pun.. Ikut style masing2. Ada yang suka study dengar muzik. Like my second sis, time nak belajar mesti ada mp3 tak pun mesti ada makanan. Tapi lain pula with my older sis.. Time study dia kena diam.. focus.. dan serius.. huhuhu.. so scared!! T_T
Awin? Macam mana? Bagi awin apa yang penting focus time lecturer mengajar. Time tu mmg kena betul2 serius… Bila dh faham, tak payah study pun tak apa.. Sebab kita dah faham. Cuma kalau nak bagi ingt aja kita boleh refer balik buku. Cara awin, awin suka pulun awal2 study.. Sebelum study week tu dah pulun habis-habisan macam esok aja nak exam… Tapi bila time study week awin kena pi jalan2… Macam last sem baru ni, awin pi Terengganu coz kakak kepada pakwe kawan awin kawin, then after that awin  pi Kedah, beraya Aidiladha kat sana sebab family problem sedangkan waktu tu beberapa hari lagi nak exam.
So, awin rasa tak perlu sibuk tanya orang mcam mana diorang study. Itu terpulang kepada individu itu sendiri. Bukan budak tadika pun nak ajar. Dah besar, so boleh fikir style mana yang kita rasa selesa. Pokok pangkalnya rajin atau malas. Kalau kamu buat jadual study pun if kamu malas nak ikut tak jadi juga. Tapi apa yang awin pantang ialah STUDY GROUP!! Tak suka!! Tak suka!! Tak suka!! Bukan sombong, tapi style tu awin tak selesa. Kita punya otak sama, tapi cepat atau lambat itu adalah berbeza. Study Group membuatkan kita terikat dan tak bebas. Melainkan kita fahamkan dulu, kalau tak faham sgt baru pi tanya kawan.
Well janji tetap janji… Awin sedang menanti janji mama… Semoga impian awin akan terlaksana suatu hari nanti.. Amin….

Friday, January 1, 2010

penat!!penat!!penat!!


Waaa….. HAPPY NEW YEAR TO ALL2010 dah datang juga.. Penat!! Penat!! Penat!! Penat apa ye? Penat shopping….. hahaha.. Itula aktiviti yang best dilakukan bila time tahun baru..MEGA SALE!! Discount 20%, 50%, 70%.. Memang rambang mata.. Perkara yang tak nak beli pun terpaksa beli juga sebab tak tahan tengok discount tu.. Mana nak dapat harga runtuh macam tu.. Kalau akhir tahun lagi best, jualan penghabisan stock, lagi dasyat dia punya discount. Tapi kalau pi tahun baru pun best juga sebab masih ada stock2 yang dia bg discount.. Well sempena tahun baru 2010 yang sudah menjelma ni, apa lagi.. Kereta kakak ada ( tuan punya kereta pi Phuket honeymoon ), juz kumpul member then JALAN…. Hehehe… Honestly, pi ramai2 sgt pun tak best sangat. Cukup la kalau setakat berdua atau bertiga, lebih bebas dan masa pun tak banyak spend utk perkara yang remeh temeh. Its my own opinion.

Pukul 10 kami gerak breakfast dulu, then baru mulakan kerja untuk buang duit. Pertama sekali kami pi tempat yang paling dekat iaitu Tesco. My fren ( Hajar) dah nak balik Uitm, so temankan dia pi beli barang. Ingtkan satu troli cukup la utk Hajar aja tapi sayang nya tak cukup. Awin dan Jue pun nk shopping juga.. huhuhu.. so terpaksa turun bawah balik ambil troli lain. Habis RM100.00. Fuh berjaya buang duit sikit kat sini. Next!!
Turun Tesco kami pi pula jiran sebelah Tesco, iaitu…. JUSCO… Sooo many people here.. So, marilah kita berjemaah bersama2… Semua kedai kami masuk. Tapi tak semua kami beli. Banyak habiskn untuk baju dan kasut. Berjaya beli 2 pair of shoes, T-shirt, Blouse Jeans, also for my Specky.. Habis RM350.00… Penat!! Penat!! Penat!! Next!!
Turun Jusco, kami pi pula IPOH PARADE.. Ramai remaja2 yang tak berapa nak rupa manusia.. Juz go on aja la… Kat sini kedai banyak tapi tak branded sangat.. Yang cikai2 banyak la… Kami beli aja la apa2 yang patut. Termasuk telur herba yang cina suka makan tu.. Rasanya sangat sedap mcm telur pindang pun ada juga… Sangat melawaskan dan sangat enak. Kat Ipoh Parade berjaya beli handbag B.U.M. Habis RM 69.90.. Penat!! Penat!! Next!!
Kami pi pula GM… GREEN TOWN MALL.. Kat sini banyak jaul baju2 kurung, tudung2… Apa lagi ye.. So tak berapa berminat sangat.. Juz temankan kawan aja beli baju kurung… Agak mahal sebab bukan musim perayaan. Then baru kami pi makan kat foodcourt GM. Next!!
Awal lagi… Kami melencong pula ke YIK FOONG.. kat sini banyak jual barang2 komputer… like Low Yat.. Ingt tak nak beli apa2 tapi berkenan pula dengan Ipod.. Cantik… berjaya beli Ipod RM 180.00 dan joystick RM30.00. Next!!
Back home after hantar depa balik rumah.. huhuhu.. Balik rumah takut nak bawa masuk barang2 sebab risau mama tak tidoq lagi.. Kebetulan abah ada balik pula.. Ish, abah dh balik ingtkan pi la tidoq awai, ish… Lambat juga tidoq… So, terpaksa tinggalkan barang dalam kereta sat.. Esok la angkut. Tapi, hampess… Mama terlebih dahulu dapat mengesannya kerana tak percaya awin balik lenggang badan aja.. “ Pi la angkut barang2 bawak masuk dulu kalau ya pun… Nak mama pi jual balik ka esok..” kikikiki… Suruh bawak masuk sangat, kang dh terkejut… Kena bebel lagi… kerana:
a)     Boros
b)     Balik lambat
c)      Drive laju sangat ( terserempak dgn mama)
d)     Lupa tutup lampu dalam bilik
Tapi apa2 pun.. Awin happy sebab dapat keluar berhuha-huha… yess!!! Awin sudah meningkat dewasa!!!!

Wednesday, December 30, 2009

~sepi seorang perindu~

http://www.youtube.com/watch?v=LciKPlq4unw

Sambil layan sepi seorang perindu dari Jamal Abdillah

Tetiba rasa sangat rindu pada dia…
Tersangat rindu
Sayang dia…
Cinta dia…

Wahai sayang, ketahuilah kamu, aku sangat sayang , sangat rindu kamu…
Semoga hubungan ini terus mekar seperti bunga2 ditaman puspawarna… hehehe…
jiwang pula malam ni… tiba2 aja nak jiwang..

aku sayang kamu
aku rindu kamu
aku cinta kamu
~~mohd faizullah~


Sepi Seorang Perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti


Saturday, December 26, 2009

saat indah bersama kakak2 ku

Hari ni dah nikah la Kak Alin dengan pilihan hati dia Abg Wan. Sangat meriah sebab semua saudara-mara datang. Huhuhu . Awin sedih la lepas ni dh tak boleh sama2 dengan Kak Alin lagi… Terkenang pula saat indah bersama Kak Alin waktu kecik2 dulu… Lepas Kak Alin nikah tadi kami semua makan ramai2, tiba2 kami adik beradik duk cerita kisah dulu2… Dan kisah2 lucu itu juga membuatkan kami tiba2 terasa sebak….

Cerita 1:
Masa kecik2 dulu awin masih tak pandai baca masa umur 5 tahun. Kak Alin 9 tahun. Awin selalu temankan Kak Alin buat kerja sekolah, sebab nak pi sekolah mama tak bagi sebab kecik lagi. Kak Alin selalu lukis gambar kat kertas lukisan lepas suruh awin warnakan. Time tu rasa lukisan Kak Alin la paling lawa… Memang rasa menjadi aja dia lukis. Tapi kalau nk diingtkan balik, Tak lawa pun. Hahaha. Lepas tu, Awin selalu suruh Kak Alin tulis apa2 kat kertas, lepas tu awin teka la apa yang Kak Alin tulis tu. Awin pi kat mama suruh mama bacakan apa yang Kak Alin tulis. Mama kata Kak Alin tulis AWIN BUSUK  DAN GEMUK lepas tu apa lagi, mengamuk la awin.. Kami selalu bertengkar. Disebabkan Kak Alin suka mengusik dan awin yang tak boleh diusik.

Cerita 2:
Cerita kedua awin mama yang cerita masa awin kecik2 dulu juga. Awin masa kecik2 dulu kuat minum susu. Tapi nasi tak nak makan… Susu susu susu… Bangun pagi susu, tengahari susu, petang susu, malam susu, nak tido pun susu. Yang mama tak suka, awin suka minum pakai botol susu. Yang jadi mangsa kena buat susu sapa lagi, mesti lah mama ataupun Kak Ayin, sebab time tu kami masih belum ada bibik. Lepas tu tabiat buruk awin mama cakap, suka gigit puting botol sampai koyak, lepas tu mula la minum terbelahak dan tersedak. Oleh kerana awin ni suka sangat minum susu, maka pembancuh susu awin tu letih, penat, tak larat, bosan, malas dan sebagainya nk buatkan susu untuk awin. Pendek kata, pejam mata pun dah boleh agak dah sukatan dia… Kemudian, mama kata, suatu hari mama dah tak larat nak buat susu, sebab time tu dh lewat malam, mama nak tidurkan awin. Tapi awin asyik mintak susu… Then mama jerit kat Kak Ayin.. “ Kakak….. susu adik satu… ti ai pi yu…!!!! ( T.I.P.U)” jerit mama. Kak Ayin mula2 tak faham, dia pi buat juga. Bila awin tnya apa dia, mama cakap susu best. Mama asyik duk ulang2 kat Kak Ayin, susu ti ai pi yu ( T.I.P.U).. Then faham la Kak Ayin. Esoknya dan seterusnya, berlaku lah penipuan antara mereka setiap kali awin mintak susu waktu malam2. Huhuhu. Setiap kali mintak susu sebelum tido mama jerit kat Kak Ayin.. “ Kakak…susu adik satu…ti ai pi yu ( T.I.P.U)” maka awin pun jerit la sama.. “ Kakak…susu… ti ai pi yu…”  so awin akan tido begitu aja dalam keadaan menunggu susu ti ai pi yu dari kakak awin… makanya, bila kakak awin dengar ti ai pi yu, dia tak payah la buat susu tu sebab tipu aja…
TERANG2 AKU KENA TIPU!!!! huhuhuhu

Cerita 3:
Cerita ketiga kami Kak Ayin yang mulakan. Dia kata dia ingt lagi time tu awin mengamuk nk minum susu. Masa tu awin darjah 1 atau 2 kot. Awin pun ingt juga. Time tu awin tengah mengamuk sebab mama keluar tak ajak awin. Mama keluar senyap2, mereka dah berpakat nk sorok dari awin sebab awin mesti nk ikut kemana aja mama nk pi. Lepas tu mengamuk punya mengamuk, awin mintak buat susu. Kak Ayin buat la susu nespray untuk awin. Lepas tu awin mengamuk lagi nak minum susu dengan straw. Kak Ayin dh ckp air susu suam mana boleh minum dengan straw. Air yang letak ais aja boleh minum dengan straw tapi awin nk juga. Kak Ayin pun pi la ambil straw bagi awin. Bila awin minum rasa masin. Awin pun bagitau Kak Ayin “ Awin rasa straw ni cair la kakak. Sebab air panas sangat” lepas tu Kak Ayin ckp mana ada cair… Dia pun malas nak layan awin dah. Tapi awin rasa masin. Awin yakin straw tu cair sebab air susu tu panas. Awin tak habis minum susu tu. Nak mintak yg lain dah takut. Lepas tu Kak Alin mai mintak sikit susu. Bila dia minum dia kata masin juga. Baru Kak Ayin percaya yang susu tu masin. Kami cepat2 ukur straw yang awin guna dengan yang baru, tpi sama aja ukurannya. Lepas tu Kak Ayin pi dapur, then gelak2… Rupa2nya dia silap open pack salt. Dia ingtkan gula tapi garam. Hampess… Mati2 awin ingt straw tu cair…

Cerita 4:
Ini kisah Amir khatan, Amir sepupu awin, dia anak tunggal.. Amir kalau demam ka apa ka mesti dia nak mai rumah awin sebab dengan awin aja dia nak main. Dan 12 Disember 2009 Amir nk khatan. So, dia nak khatan kat ipoh, padahal depa tinggal kat Teluk Intan. Amir ckp dia nk tinggal kat rumah awin lepas khatan. Tapi lain pula jadinya bila dia balik dari klinik. Dia mengamuk cakap ayah dia tipu tak sakit, padahal sakit. Huhuhu… Awin pun cuba la amik kesempatan nk tgk mcm mana khatan kan… tapi sayangnya teknologi canggih, doctor bagi pakai alat. Alat tu warna putih. So tak Nampak pun. Seminggu selepas tu Amir mai lagi ipoh sebab nak buang alat tu kat klinik. Lepas buang alat tu, awin pun ambil kesempatan lagi nak tgk. Tapi sayangnya Amir mengamuk lagi. Katanya yang dalam kain tu bukan dia punya… huhuhu.. Dia kata dah jadi lain. Siap cakap doctor pi tukar yang dia punya dengan orang lain. Huhuhu.. Awin no komen sebab awin tak tau. Huhuhu… So, Awin ada juga intai2 nk tgk.. Tapi betul la.. Dah lain… Huhuhu… Memang lain. Tak tau awin nk ungkapkan mcm mana…  Amir, kesian kamu … huhuhu…. Walaupun pelik, tapi awin tetap nk tgk.. Maaf ye Amir, Kak Awin tak pernah tgk sblum ni… huhuhu… Setiap kali Amir nk mandi, awin jeling2, setiap kali Amir nak buang air Awin jeling2.. Malangnya, semua perasan awin duk perhatikan Amir…. Malu…………… Sampaikan mak Amir duk tnya awin jeling2 apa tu….. Kak Ayin ckp dulu pun dia mcm tu juga… Dia duk intai yang sepupu awin juga time tu. Hahahaha. Sebab kami semua pompuan kat mana la kami nk tgk… huhuhu. Tapi Kak Ayin ckp, sekarang tak payah duk intai2 lagi… Huhuhu Awin tak tau la dia tgk yang siapa punya sebab anak dia pun pompuan juga… Erk!!~~~ no comment~~

Cerita 5:
Cerita last agak sedih bila nama papa timbul. Ini awin yang timbulkan. Awin tanya mama, siapa walikan Kak Alin, mama cakap Pak Long. Kemudian soalan tentang papa laju aja dari mulut awin. Awin tau papa masih ada lagi. Awin tau papa tau Kak Alin nikah. Tapi kenapa tak datang. Depan2 semua orang awin bagitau mama awin rindu sangat dengan papa. Terus Kak Alin, Kak Ayin dan mama menangis. Tapi yang awin sedihnya, depa nangis suami depa pujuk, awin nangis tak ada sapa nak pujuk… huhuhu.. Awin bagitau mama, nnti bila awin nak nikah awin nak papa yang walikan awin. Selagi papa masih ada, awin akan cari juga sampai dapat. Kemudian semua diam layan perasaan dan mula beransur. Huarggggggg!!!!!!!


Thursday, December 24, 2009

Selamat Pengantin Baru {KAK ALIN }


SELAMAT HARI NATALMerry Christmas25 Disember 2009… Esok, lagi sorang kakak awin nak kawin… Kak Alin.. Macam tak percaya aja Kak Alin nak kawin esok. Walaupun awin selalu gaduh dengan Kak Alin, tapi awin sayang juga. So, lepas ni awin dh tak boleh tido dengan Kak Alin lagi… Dengan mama pun dh tak boleh. Terpaksa  tido sorang2 walau takut mcm mana pun. Tak boleh nk usik Kak Alin lagi. Tak boleh  nk suruh Kak Alin belanja lagi….. Tak bolek nk pinjam baju Kak Alin lagi….Huhuhu…. Esok selamatlah Kak Alin jadi isteri orang… Esok nikah aja.. Sanding nya tahun depan. So awin tak undang sesiapa pun. Hanya saudara terdekat aja. Maaf ya semua.. Nanti kenduri awin undang semua… Semoga bakal abang ipar awin ( Abang Wan ) boleh jaga kakak awin mcm mana kami sekeluarga jaga dia… Dan semoga Kak Alin diberi kebebasan untuk mesra dengan kami sekeluarga mcm biasa… huhuhu… awin tak suka suami yang terlalu mengongkong. ISTERI ADALAH SATU ANUGERAH, BUKAN HAMBA. Yang sering menjadi persoalan pada awin ialah… Kenapa bila kawin, pergerakan seorang isteri terbatas? Bukan ka lebih bebas? Kerana seorang isteri telah punyai seorang suami, maka, seorang isteri boleh buat apa saja disamping suami… tapi apa yang awin tgk sekarang, semua terbalik. Bila dah kawin, semua terbatas. Semua nk kena ikut cakap suami. Tak adil. Family yang tinggal bersama tak boleh bg keputusan. Padahal kawin baru aja beberapa bulan. Awin tak ckp isteri juga, suami pun sama. Kenapa bila kawin, suami isteri tak boleh bercampur dengan orang lain? Mentang2 dah kawin, nak berdua aja la? Eii tolong la…… Geli kowt… to all, pemikiran jangan terlalu kuno.. pls la… Hidup perlu ada kebebasan, tak salah pun, tapi kena tau dosa dan pahala..itu aja….huhuhuhu…. Semoga Kak Alin dapat jadi seorang isteri yang solehah… Dan dapat menjalani kehidupan rumah tangga yang sebaiknya. Kesian juga Abg Wan dapat wife mcm singa betina tu… huhuhu… nasib kamu la nnti… nak makan kena masak sendiri… hahahahaha…..
**  Selamat Pengantin Baru Kepada:
Syazlin Adilla Bt. Mohd Anuar
&
Mohd Hizzuan Bin. Abd Malek

Sunday, December 20, 2009

JANGAN PERASAN

Tangan awin nak menaip lagi… hehehe.. 19 Disember 2009 kawan awin dari Terengganu mai Ipoh ni. Duk rumah awin. Dia smpai ipoh pukul 6 pagi. Lepas pi amik dia kat Medan Gopeng kami terus balik dan tido seharian. Penat katanya, awin pun sama. Then esoknya awin pi Tesco, nak pi beli barang masak yang mama awin dah list kan dan nak pi Jusco shopping untuk kami pula. Tapi bila naik tingkat atas Tesco, tiba2 baru awin ingat balik, kalau kami pi beli barang2 dulu, kalau nk pi Jusco nnti sayur2 tu layu la…. So, macam mana? Ish, troli dah ambik. Then kami pun masuk aja la kat sana, kemudian bincang punya bincang smbil kutip barang2, tgk2 troli hampir penuh. Kemudian baru kami buat keputusan pi Jusco dulu, lepas shopping Jusco baru shopping Tesco. Troli kami tinggal mcm tu aja. Tapi bila nk turun kami tgk escalator sedang dibaiki. Ish, mcm mana nk turun ni? Tiba2 ada pekerja Tesco tunjuk arah keluar iaitu dengan menggunakan lift. Lift tu lift tempat depa angkut barang dalam stor. Tapi disebabkan escalator sedang dibaiki, so depa terpaksa gunakan lift tu utk pelanggan. Besar sangat lift tu, luas. Rupanya dh ramai orang dalam tu. Depa nk penuhkan lift baru depa tutup. Kat dalam tu ramai budak lelaki. Ada sorang dua aja pompuan. Nasib baik awin mengadap pintu, sebab awin masuk last so tak la sesak2 kat dalam tu, tak la nmpak depa. “ Awk, awk… baju putih…” bunyi depa duk usik kami. Awin buat tak tau aja la. Malas nk melayan. Depa duk gelak2 entah apa2. Meluat dan menyampah pula. Lepas tu depa panggil lagi. Tapi kami buat2 tak dengar. Buat2 sibuk tgk catalog Tesco. Tiba2 awin rasa mcm lama pula duk dalam lift tu, tak terbuka pun lagi. Lepas tu terasa orang cuit2, kami pusing tengok2 orang dah tak ada, yang ada pekerja Tesco yang jaga pintu lift. Rupanya lift tu ada dua pintu…. Depan dan belakang. Huhuhu… Mana la nak tau… Huhuhu… Malunya awin kat pekerja Tesco tu, mesti dia kata awin perasan pula orang nk mengorat. Tapi mcm kelakar pun ada. Tinggal kami aja. Kalau dia tak cuit2 kami mesti kami tak sedar. So, moral of the story is…. JANGAN PERASAN….

Friday, December 18, 2009

Azam Baru

MERDEKA!!! Awin dh habis pun exam final untuk final sem ni. Dah 3 tahun awin tunggu saat2 mcm ni.. Akhirnya tiba juga. So, sekarang awin dah habis pun belajar. Tapi masih ada lagi yang awin nk teruskan. Mintak2 la result sem last ni gempak sikit. Bukan apa, awin Cuma nak tunaikan janji mama aja… Mama ckap kalau result gempak mama nak bg S***T… Hahaha…

Em, mesti ada yang pelik kan? Sebab hangpa mesti fikir awin ni betui ka idak kan? Sekejap cakap gaduh dengan mama, sekejap cakap kena halau.. Sebenarnya awin memang terasa hati dengan mama dan awin memang kena halau. Tapi awin dah balik pun. Semua orang suruh awin balik. Ingatkan kalau tak ada kat rumah awin selamat la dari bebelan mama. Rupanya tidak, lagi banyak kena bebel ada la.. lagi banyak mulut2 yang suka bebel macam mama. Sekurang2nya kalau balik rumah mulut mama aja yang berbunyi.

Tapi awin berterima kasih juga kepada kawan2 awin yang nasihatkan awin. Awin tau hangpa bebel sebab hangpa sayang awin. Walaupun masa awin mula2 balik rumah dulu dapat 2 penampar free, tapi awin sedar tu semua sebab salah awin. Memang mula2 tu awin tak keluar bilik langsung, makan pun sembunyi2. Sebab malu dan sebab takut juga. Pernah ada satu masa tu awin makan tengah2 malam kat dapur. Lepas tu mama turun, tiba2 mama jerit “ Ya Allah!!! Kucing gergasi!!” awin apa lagi menjerit sama la, rupanya mama perli awin…

Sejak peristiwa tu awin dah tak kurung diri sendiri lagi. Bila mama dah start gosok kepala awin, tu maknanya awin dah berbaik dengan mama la. Awin bukan apa, awin Cuma nak perhatian lebih dari mama. Mama aja yang tak faham apa yang awin nak. Tapi awin sedar awin salah juga..

Dan azam awin pada tahun baru hijriah ni awin nak berubah. Cuba mematangkan diri dan cuba untuk fikir tentang perasaan orang lain sama. Semoga apa yang dah terjadi ni boleh jadi pengajaran untuk awin juga. Mana la tau dah ada anak nnti perangainya sebijik macam awin pula…huhuhu… Emmm.. Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah kepada semua…

Tuesday, December 15, 2009

K - A - W - I - N

Salam semua… baru aja beberapa hari lepas awin updated blog.. Tapi kali n ink updated lagi sempena majlis perkahwinan kawan baik awin iaitu YUN. Fuh, berat rasanya nak bagi YUN kawin. Hahaha… Bukan apa, awin Cuma sedih aja, bukan senang nk dapat kawan macam Yun. Nanti dah kawin mesti semua akan berubah. Well, awin bukan sapa2 nk halang, perkara baik kan… so, semoga yun bahagia, happy, dan semoga Yun cepat dapat baby… Beratnya hati awin…adoii… Hahaha… Yun kawan yg sgt sporting yg pernah awin ada… So COOL… Thanks for being my fren… Post awal sikit sebab takut tak sempat.. Hehehe... Walaupun dh tak sampai sebulan dah.. huhuhuhu


video

Sunday, December 13, 2009

roller coaster

Semalam, ada la kawan awin ni pi Times Square pi main roller coaster, dia terlalu excited dan teruja sangat dapat main roller coaster.. Awin tak tau la dia baru first time main atau dh byk kali. Menurutnya dia dh main 4 kali wa ckp sama lu… Memang kena tabik spring juga la kat dia ni kot… Kemudian awin saja aja la nak melawak dengan dia tapi lain pula jadinya… Mungkin dia yang terlalu up to date or awin yang terlalu suka main2… Dia nak kenakan orang tapi dia pula yang terkena… Jom, check it out!!!

XxXx : besh woooo

XxXx : nanti aku tag gamba mesap ngan dilla menjerit erk

XxXx : tgk jew betapa besh nyew roller coster

Awin : 1st time ka main?

XxXx : 4 kali daa...yg nie paling mengancam

Awin : roller coaster jack n jill lagi besh

XxXx : erk kat mane tue ..area manew

XxXx : Jack n jill ?

XxXx : takpenah denga pown

Awin : best la roller coaster jack n jill

Awin : try la tnya sapa2

Awin : cuba la skali, mesti tak boleh lupa…

Hahaha… Itu la alkisahnya.. Awin pun tak tau la mana letaknya kilang Jack n Jill ni.. Kalau awin tau mungkin awin boleh bagitau kat dia. Tapi tak tau la kot2 dia pi cari pula tempat tu.. Utk menikmati roller coaster yang BESH bangat…. Kepada kamu XxXx awin mintak maaf, awin terpaksa bahan kamu juga…hehehe… identity dirahsiakan buat sementara waktu….hahahaha….


ini la dia roller coaster jack n jill

Wednesday, December 9, 2009

SIPUT??

Well well well… Dah lama rasanya tak menaip… Macam nak kaku aja jemari ni. Erm… well apa yang awin nak sampaikan dengan tajuk siput ni? Haaa.. check it out!!

Family Gathering.

Date : 6 Disember 2009…

Venue : Sun-Thai Restaurant, Ipoh, Perak.

Members : Mama, Abah, Kak Alin, Abg Wan ( bakal abg ipar ), Pak Su Man, Cik Usu, Pak Lang, Mak Alang, Mak Ilie, Mak Una, Pak Cik Shiba, Pak Cik Zaid dan Kak Zam.

Menu utama : Tomyam, Ikan bakar, Sotong goreng

Restoren ni selalu juga kami pi makan. Pemiliknya orang Kelantan. So awin pi la kaunter nk pi order coz tadi waiter mai kami duk menyembang then kami pesan kat dia kami pi order sat lagi. So, yang kena pi order tak lain tak bukan, awin la… Selalu aja kena buli.. Kesian.

Awin : Abang nak order.

Waiter :Meja berapa?

Awin : Ntah, yang itu…

Waiter : Minum gapo, make gapo?

Awin : Kami nak Jus Tembikai untuk 15 orang, pakai jug kan?

Waiter : Jus Tembikai merah ke kuning?Tembikai susu ke tembikai gula?

Awin : Tembikai merah la… Mana ada jus tembikai kuning.

Waiter : Eh ado ado… Kedai ni ado belako..

Awin : Main2 la kamu ni. Nak ambil order ke tak nak ni?

Waiter : Tulis doh ni. Make gapo?

Awin : Main menu kami nak Ikan bakar, Sotong goreng..bla bla bla…. Then seafood tomyam.

Waiter : Ok.. Dua hidangan beres.

Lepas order awin pi la sembang2 bincang2 dengan depa. Dah habis kena bebel kena tegur kena ‘basuh’ then makanan pun sampai… Kami semua memang sangat lapar. Tiba2… “ Arghhhh!!!!” Mak Una menjerit terkejut. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tomyam tu… Tak ada udang, tak ada sotong, yang ada siput. Tomyam siput?!!! Then abah panggil waiter takut2 depa tersilap hantar. Maka tercetus satu kekecohan akibat daripada salah faham.

Abah : Ini tomyam apa dik?

Waiter : Tadi order tomyam apa?

Awin : Saya order tomyam seafood, bukan siput.

Waiter : Tadi order dengan sapa?

Awin : Yang pakai cap kat kaunter tadi.

( sebentar kemudian mamat tembikai tadi pun smpai )

Waiter : Mintak maaf la cik, kami salah faham.

Tukang masak orang baru, dia tak faham bahasa Kelantan.

Kawe duk sebut tomyam siput ( seafood ), dia pergi buat siput sungguh.

Mula2 kami tak faham apa yang nak diterangkan oleh dia.. Then manager keluar mintak maaf dan terangkan hal sebenar. Baru la awin faham.. Rupanya waiter yang ambil order tadi tak pandai sebut seafood.. Dia sebut siput. Dia tau awin nk order seafood tapi bila dia pi bgtau kat tukang masak, tukang masak salah faham sebab tukang masak orang baru. Padahal dalam menu tak ada pun tomyam siput… Manager tu cakap memang orang Kelantan dan Terengganu tak pandai sebut seafood..Pelik la awin… Nak tergelak juga, bukan main usik awin tembikai merah ka kuning, susu ka gula, rasa mcm nak pi dekat dia nak tanya seafood ka siput.. hihihihi.. tomyam siput tu kami tak makan depa gantikan dengan tomyam lain.. Manager kedai tu ckp tak payah bayar tapi abah awin pi bayar juga sebab kata abah, kita yang makan, so kita la kena bayar… Orang berbudi kepada kita, kita perlu berbudi juga kepada orang. Itu la hal nya…SIPUT….. sekian.

Tuesday, November 17, 2009

PERJALANAN HIDUP YG SGT SUKAR

Kisah disekitar tahun 1988 - 2003

Keluarga aku sangat bahagia.. Aku ada seorang papa, seorang mama, dan dua orang kakak yang sangat aku cintai.. Papa ku seorang dentist. I’m proud with my papa. Dan mama seorang accountant. Tapi mama berhenti kerja sejak kelahiran aku. Kata mama, melahirkan aku sangat komplikasi dan ianya membuatkan mama rasa anak2 lebih berharga dari segala2 nya.


Sejak itu mama sentiasa berada disamping aku dan kakak2 aku. Tapi papa, selalu sibuk. Aku tak tau apa schedule bagi seorang dentist, selalu tak ada kat rumah. Mengalahkan bisnesman pula. Oleh kerana papa selalu tak ada, so kemana2 kami pergi semuanya tnpa kehadiran papa. Dan bibir kami memang jarang menyebut nama itu.


Dengan bantuan seorang maid dari Indonesia, kehidupan kami seperti biasa. Kak Sum, maid dari indon, masih muda dan masih bertenaga. Segala kerja rumah dia buatkan. Mungkin kerana itu lah mama jarang sekali memasak untuk kami. Ketika itu aku merasakan hidup aku sangat sempurna dan bahagia.

Kisah disekitar tahun 2003 – 2008

Akhirnya semasa aku di tingkatan 4, aku bersekolah di sekolah berasrama. Agak jauh dari rumahku. Tiba2 mama meminta aku tukar sekolah. Bila ditanya kenapa, mama cakap mama rindu. Aku hanya menurut kata mama. Setiap hari mama hantar dan ambil aku dari sekolah. Aku semakin pelik, kerana aku memang sudah lama tidak melihat kelibat papa. Yang aku sangat pelik, sebulan bulan puasa papa tidak pernah berbuka bersama-sama dan sebulan itu juga mama membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan


Bila ditanya kenapa, mama sentiasa memberi seribu alasan dan seribu dalihan untuk mengelakkan pertanyaan tersebut. Aku berfikiran bahawa mungkin papa ku ditugaskan ke suatu tempat yang agak jauh so itu akan membuatkan mama berasa sedih bila aku menanyakan soalan tersebut. So aku mendiamkan aja. Namun ketiadaan papa tidak menimbulkan apa2 kesan terhadapku kerana aku sudah biasa hidup tanpa kehadiran papa. . But, mana Kak Sum? Balik Indon barangkali menyambut lebaran bersama keluarganya disana.


Lama-kelamaan barulah aku sedari bahawa papa memang dah tak wujud dalam keluarga ku. Aku mula menyedari apabila mama selalu berulang alik ke mahkamah syariah. Dan aku juga turut memasang telinga tatkala mama dan kawan2 nya bersembang mengenai papa. Papa melarikan diri bersama Kak Sum? Maid??


Kisah hidupku telah bermula disebabkan oleh papa. Papa telah meninggalkan kami begitu aja. Tanpa khabar berita, tanpa sebarang tanda. Saat itu kami dialam remaja, dan masih memerlukan papa.. Pahit maung kami sentiasa bersama. Papa pula sedang berbahgia dengan si dia agaknya.


Aku masih ingat lagi, Tatkala itu mama sibuk mencari kerja, untuk menanggung kami sekeluarga. Mungkin semua ini ada hikmah, kerana sejak kejadian itu hubungan kami adik beradik semakin erat dan rapat.


Malah aku makin lama makin dapat melupakan papa. Dan aku semakin bahagia dengan kehidupan sekarang. Namun aku masih takut untuk bertanyakan mama apa yang sudah berlaku pada papa. Cukuplah setakat itu yang aku ketahui.


Aku sangat bahagia dengan semua ini.. Walaupun aku terpaksa menolak tawaran ke Uitm kerana masalah tersebut. Namun aku redha, kerana aku masih dapat menyambung ke Poli ini kerana masih berdekatan dengan mama.

Kisah disekitar tahun 2008 – 2009

Dalam saat aku mengecapi bahagia dan cuba menerima takdir hidup ini, sekali lagi aku berhadapan dengan dilemma apabila mama mengatakan dia mahu kahwin lagi. Aku sangat terkejut, buntu dan bingung.


Pada mulanya aku membantah dengan keras keputusan mama. Namun setelah dipujuk kakak, aku kembali lembut. Aku memikirkan juga perasaan mama. Mungkin mama perlukan seseorang untuk membantunya dalam membesarkan aku sekeluarga.


Keputusan aku telah mengadili semuanya walaupun sebelum itu kakak2 ku juga tak bersetuju. Aku terima seadanya kalau itu adalah jodoh mama. Walaupun aku tahu pernikahan itu akan membataskan segala2 nya antara aku dan mama.


Aku cuba menerima insan baru itu dalam hidupku. Aku cuba menganggap dia seperti ahli keluargaku. Aku cuba dan terus mencuba. Akhirnya aku berjaya. Walaupun bukan sepenuh hatiku.


Namun sekali lagi aku dikejutkan dengan kehilangan mama. Beberapa hari sebelum menyambut bulan ramadhan. Mama hilang tanpa khabar berita. Sebulan lamanya aku berbuka puasa bersama kawan2 dirumah sewa. Pertama kalinya kejadian ini terjadi. Aku dah putus harapan tatkala kejadian ini berlaku. Aku puas menghubungi kakak ku, namun jawapannya hampa belaka. Aku disuruh tinggal dirumah sewa sehingga dia datang mengambil ku.


Sehinggalah beberapa hari menjelang aidilfitri, mama ku pulang. Aku sangat bahagia aku sangat gembira kerana aku masih dapat bertemu mama. Mama yang sangat aku cintai. Mama telah dibawa oleh abah baru ku untuk menjalani sesi rawatan dan terus menunaikan umrah ke Mekah. Alhamdulillah sekiranya mama masih disampingku.


Sekarang…

Dan sekarang, sekali lagi aku perlu menghadapi kejutan demi kejutan dalam hidupku… tatkala aku dan kakak menerima panggilan daripada kawan mama yang menyatakan mama berada dihospital. Aku bergegas kesana kerana risaukan keadaan mama.


Segalanya hancur bila aku diberitahu bahawa aku bakal menerima adik baru. Mama ku mengandung berusia 3 minggu. Adakah ini semua malapetaka bagi aku? Adakah kejutan ini aku perlu terima? I said NO pada mama. Aku tak nak terima kehadiran insan yang sedang berada kemas di dalam rahim mama. No!!


Disebabkan oleh bantahan ku mama cuba untuk menggugurkan kandungan itu kerana umur mama sudah menjangkau 48 tahun. Mungkin berisiko bagi mama jika terus mengandungkan janin itu. Namun doctor tidak membenarkan, katanya rahim mama ku masih kuat dan mamaku masih sihat dan masih berdaya membawa kandungan tersebut.


Aku memang tidak dapat menerima kejutan ini. Kejutan yang bakal menjatuhkan aku sebagai anak mama. Aku benci dengan janin itu dan aku benci juga dengan ayahnya. Ayahnya juga yang telah menengking aku dikhalayak ramai ketika di hospital. Aku masih ingat dan aku akan ingat sampai bila2. Aku tak akan mengaku dia sebagai abah tiriku sehingga dia melutut meminta ampun atas segalanya.. Dia juga telah merubah hidupku menjadi kucar kacir dan aku kehilangan kasih mama juga kerana dia.


Aku telah dihalau dari rumah disebabkan aku memberontak oleh kerana hal ini. Aku telah membuatkan mama bersedih dengan tingkahku. Aku juga telah membuatkan semua orang jelik dengan perangaiku.. Tapi tidak ka diorang tahu perasaan aku?


Salahkah aku dalam hal ini? Adakah aku yang telah membuat semua ini berubah? Adakah niat aku untuk melukakan hati mama? Sedangkan aku sangat menyayangi mama? Sanggupkah mama menghalauku setelah 21 tahun aku telah hidup bersamanya? Ini semua adalah kerana abah baru… bukan kerana salahku….

Akan datang..

Aku akan teruskan pembelajaran aku sehingga tamat tidak lama lagi… Aku akan tempuhi final exam tanpa doa mama sendirian… Aku juga akan buktikan aku boleh hidup dan aku akan biarkan mama mama berbahagia dengan keluarga barunya sekarang….


Dan aku… Sudah tiba masanya aku berdikari.. Aku akan langkahkan kakiku ini mengikut rentak arus semasa..


Semoga perjalanan hidupku akan semakin mudah.. Dan semoga aku dapat mencari kehidupan yang hakiki dan dapat menjalani kehidupan yang sebenar…..


Saturday, November 7, 2009

~~kena halau~~

Conversation with Kak Alin

Awin, smpai bila kamu tak nak keluar bilik ni?

Sampai bilik ni cakap awin ni membosankan.

Jangan loyar buruk la awin.. Kesian mama.

Apa pula, hbis siapa nk kesiankan awin?

Awin jangan buat mcm ni la, malu la dengan abah tu..

Nak malu apa nya? Dia kan abah Kak Alin…

Awin, jangan mulakan okey? Dia dh jadi suami mama, so dh jadi Abah kita

So?

Ish!! Degil la sekarang ye? Keras kepala..



Conversation with Abah

Awin kenapa buat mama macam tu?

Buat apa nya?

Kesian mama Awin..

Bukan awin yang buat.. Abah yang buat kan?

Abah buat apa?

Abah yang buat mama jadi mengandung mcm tu la..

Itu rezeki Allah Awin..

Awin tak suka adik tiri…

Awin degil la sekarang.. Tak sangka la Awin mcm ni…



Conversation with Mama

Awin marah mama ke?

Tak pun.

Habis tu kenapa tak nak keluar bilik langsung?

Awin malas nk turun. Awin study.

Study apa mama tgk duk on9 24 jam.

Study sambil2 on9.. Hilangkan bosan.

Sebelum ni tak pernah mcm ni pun?

Sebelum ni mama mana ada amik tau pun pasal awin.

Kenapa ckp mcm tu dgn mama?

Sebab Awin tak suka dengan semua ni..

Cuba ckp apa yang Awin tak puas hati..

Awin tak nak orang lain masuk cmpur dlm keluarga Awin.

Orang lain mana pulak la ni?

Tu dalam perut mama tu… Tak suka.

Awin tak baik ckp mcm ni… Mama sedih la awin ckp mcm tu..

Awin pun sedih juga mama… Semua org marah Awin..

Orang marah sebab Awin dh degil sekarang.,,, Mama pun tak suka Awin mcm ni..

Tak apa la kalau tak suka.. Awin boleh balik rumah sewa..

Ha, elok la tu.. dh panda ink lari2 dh.. Ha pi la..

Mama halau Awin ye?

Ha, Mama halau.. Esok Awin kemas, balik duk sana..


Tuesday, November 3, 2009

~~~HAPPY BIRTHDAY YUN~~~ 4 NOVEMBER 198*

video

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan...
nurul amirul fittri...
Allah selamatkan kamu.....



selamat hari jadi....
selamat hari jadi...
selamat hari jadi YUN...
selamat hari jadi....



hepi besday to u...
hepi besday to u...
hepi besday to YUNYUN..
hepi besday to u....



bravo!! bravo!!!

JIKA AKU JATUH HATI

video


video ini telah disedekahkan oleh seorang sahabat awin utk renungan kita bersama...
tQ 4 my friend ( yun )

Monday, November 2, 2009

ber-lenka

Malam berlenka bersama Yun, Gitar, Akie dan Awin

Tiba2 depa duk ckp best pula lagu lenka

Tak faham la depa ni

Awin duk spin byk kali tak dengaq ka? Mesti depa duk iggy..huhu

Duk repeat2 lagu lenka, naik pening dan sakit kepala

Mungkin akibat terlalu makan banyak pisang

Pisang apa? Entah, belum sempat nk berkenalan, dh habis dimakan.

Kesian pisang, awin mintak maaf ye..

Muzik dah tak ada, yang ada kedengaran suara2 sumbang.

Suara siapa?

Kikiki… suara Yun, Gitar, dan Akie

Suara Awin mana?

Entah, mic tak mau jalan pula, kalau spin ok aja..

Pasepa?

Gitar sudah mula menggaru dagu yg tak gatal.

Bila tanda soal ( ? ) ditaip oleh awin, semua org dh gelabah.

Terutamanya si Acai.

Dh puas duk setting mic, tapi tak dpt nk vc juga

Awin juz boleh dengar depa menyumbangkan suara.

Dah cuba utk menyumbangkan suara, tapi…

“ macam dengar kentot la awin..”<

Well, I just silent and hear what they’re talking about.

Mata mula mengantuk, kepala mula sakit2…

Wahai mata, sabaq sat na..

Semua client si sign out..

Button turn off di click.

Asataga marang kerapu marang eskeper!!

Patutla tak dpt VC, tak pi cucuk mic pnya wayar pasepa.

Aduii… awin.. awin…

Ini lah awin, makin dilayan, makin pening…

Tido time – 5.58 am –

zZzZzZ

Saturday, October 31, 2009

CUCUR UDANG

Suatu Petang di rumah:

Awin : Mama, lapar la…

Mama : Sat lagi mama buat cucur

Awin : Bila?

Mama : Sat lagi la.. I have to do my work first.

Awin : Nk buat juga

Mama : No, no, no.. Mama dh serik suruh awin buat. Bulan lepas punya awin buat mama

loss 3 ribu.

Awin : Mama tak semak balik?

Mama : Kamu yg cuai.

Awin : Yela.. Mama, buat cucur letak udang boleh?

Mama : Udang mai mana?

Awin : Kak Alin bawak balik td. Awin nmpak. Udang gagau.

Mama : Ok sayang, pi turun dulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mama : Awin, mana udangya?

Awin : Ada la mama, kat dlm peti ais la.

Mama : Tak ada pun.

Awin : Kak Alin, Udang letak kat mana? Mama tnya.

K.Alin : Udang mai mana? Mana ada beli udang semalam.

Awin : Kedekut la, tadi ada awin nmpak udang bwak balik.

K.Alin : Udang mana ni, cuba pi ambik tgk. Pandai2 je.

Awin : ~~ ha, ni la mama. Bukan udang ka?

Mama : Ya Allah… ini bukan udang, ini cencalok!! Nak buat cucur udang apa nya…

Awin : Mana nak tau…

Saturday, October 24, 2009

MULUT MURAI

Semalam ada saudara awin datang rumah, saja dia mai nak melawat. Dia ada seorang baby boy, namanya Mohd Iqbal Umair. Iqbal ni umurnya 4 tahun. Tapi mulutnya sangat banyak. Ada aja benda yang dia nak tanya, ada aja benda yang dia nampak. Mula2 awin suka la melayan dia, tapi bila dia dah banyak sangat mulut, awin rasa mcm serabut pula. Sebab awin tak larat nak jawap, atau tak tau nak terangkan pada dia mcam mana.

Iqbal : Kakak, kenapa ikan ni tak lemas bila dia duduk dalam air?

Awin : Sebab dia suka main air kot. Sebab tu la dia tak lemas.

Iqbal : Yang mana satu mak ikan kakak?

Awin : Tu ha, yang besar2 tu mak ikan la.

Iqbal : Oo.. ikan pergi sekolah macam mana kakak?

Awin : #$%^&(*&^%%

Lepas tu awin terus elakkan diri dari Iqbal, sebab awin tak larat nak layan dia lagi. Makcik2 awin semua gelakkan awin, sebab masa Iqbal datang awin la paling sibuk nak bawak Iqbal pi main.. Last2 awin yang surrender. Pening. Dan start kat situ la mama duk cerita kisah2 awin kat makcik2 awin tu… huhuhu nak tak nak awin terpaksa dengar juga…

Mama cakap, awin masa kecik2 dulu banyak cakap. Macam Iqbal juga. Ada aja perkara yang awin nk tanya. Dulu, bila pukul 8 malam mama dengan papa awin suka tengok berita. Time tu semua diam sebab khusyuk tgk tv. Tapi mulut awin tetap berbunyi. Time tu umur awin 4 atau 5 tahun. Yela time tu awin mana la pandai tgk berita lagi. Mama cakap time tu juga la awin nak nyanyi lagu yang awin belajar kat sekolah. Siap suruh semua org ikut lagi. Hehehe. Tapi serius awin dh lupa ttg hal ini. Mama yang duk cerita. Awin akan diam bila ada sesuatu dlm mulut atau awin tido. Nak dijadikan cerita, awin ni suka kencing malam ( mmg awin tak nafikan ..tp dulu2 la..). Yang awin ingat, kalau kencing malam, dendanya ialah bila time makan malam, org yg kencing malam tu kena duk jauh sikit.. means selang satu kerusi dr yang lain. Kadang2 Kak Alin pun kencing juga. Hehehe . Mama tak galakkan awin pakai pampers sebab kulit awin gatal2. So, tak hairan la awin selalu kencing malam. Bukan awin yang salah. Mama yang tak pakaikn awin pampers. Lagipun mama ckp awin dh 5 tahun so kena belajar la tak pakai pampers. Setiap kali awin kencing malam, mesti awin kena makan selang satu kerusi dari yg lain. Papa awin selalu tegur mama awin, sebab kesian la kan. Papa ckp mama yg salah juga sebab tak pakaikan awin pampers.

Nak dijadikan cerita, malam tu awin kencing malam lagi. Esoknya bila papa awin nk pi kerja dia akan hantarkan Kak Ayin, Kak Alin pi sekolah then lepas tu hantarkan awin pi tadika. Tadika awin agak jauh sikit dengan rumah. So papa lalu ikut shortcut iaitu lalu ikut kampung sebab dekat sikit. Dari rumah smpai la ke tadika mulut awin takkan berhenti berbunyi. Kemudian dlm perjalanan awin nmpak la 3,4 ekor lembu makan rumput kat tepi sawah tu, dan tak jauh dari lembu tu ada seekor kuda.

Awin : Papa, kita nk pi mana ni papa?

Papa : Laa.. nak pi hantaq awin pi sekolah la..

Awin : Tapi kenapa jalan lain?

Papa : Dekat sikit, nanti sampai awai boleh awin tolong cikgu.

Awin : Eh, tgk tu lembu makan rumput..

Papa : Cuba bilang tgk ada berapa.

Awin : Ada 3 ekor. Eh.. ada kuda juga.. Kuda ada satu.

Awin : Kesian depa makan tak ada air, tak tercekik ka papa?

Papa : Nanti dia pi la minum kat rumah dia tu..

Awin : Lembu suka minum air apa papa?

Papa : Air susu kot.

Awin : Eh, sama mcam awin pula…

Awin : Eh, pasepa kuda tu tak pi makan sama2 dengan lembu tu?

Awin : Jahat la lembu tu tak nak bagi kuda mkan sama2.

Papa : Lembu tu tak nak makan sama2 dengan kuda tu.. Sebab semalam kuda tu kencing tilam.

Awin : ( awin terus diam, smpai la tiba kat sekolah tadika awin.) yang papa pula asyik gelakkan awin dan terus cerita kat mama bila balik kerja. Awin merajuk dengan papa lepas tu.

Boleh pula papa awin kenakan awin.. Rindu pula kat papa… Selalu papa la yang backup awin dan selalu layan kerenah awin. Entah kat mana dia sekarang.. Semoga dia sihat dan selamat.. Amin..

KENTUT